Khamis, 21 Mac 2013

PENGAKHIRAN KASIH


Mak!!!!! Laung Qaseh dari luar rumah. Mak Awa yang dari dapur berlari-lari anak melihat anaknya. Qaseh baru sahaja pulang dari sekolahnya setelah di umumkan keputusan SPM keluar pada hati tersebut. “kenapa ni Qaseh? Mak kat dapur tadi.”Tanya Mak Awa pada anaknya.
‘Qaseh  Berjaya dapat keputusan yang bagus ni mak’ sambil menunjukkan kertas keputusannya kepada emaknya.. Mak Awa menitiskan air mata kegembiraan apabila melihat result anaknya yang mendapat 9A1. Tetapi di dalam hatinya terdetik bahawa dia perlu kerja dengan lebih keras lagi kerana anaknya akan menyambung pelajarannya ke pengajian yang lebih tinggi lagi.
Qaseh dapat melihat reaksi emaknya. Beliau tahu ibunya tidak mampu untuk membiayainya jikalau dia ingin menyambung pembelajarannya kerana emak masih perlu menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah lagi. Jadi  dia membuat keputusan untuk berkerja sambilan bagi menampung pembelajarannya nanti.
Akhirnya, keputusan yang di nanti-nanti oleh Qaseh telah tiba. Qaseh dapat melanjutkan pelajarannya di  universiti tempatan. ‘Qaseh, jangan lupa jaga diri kamu di sana nanti’ pesan  Mak Awa. ‘yalah mak, nanti bila Qaseh cuti Qaseh balik tolong mak jual kuih’ jawab Qaseh seorang anak yang taat.
Tetapi kadang-kala manusia mudah lupa apabila berjauhan dari keluarga. Qaseh mula terpengaruh dengan kawan-kawannya. Dia mula lupa daratan dan mula bergaul bebas serta rajin keluar malam. Dia sering mengabaikan pelajarannya.
‘Qaseh tak rindu kat mak ke?’ Tanya mak Awa ketika menelefon Qaseh. “Hah mak, nak apa? Qaseh sibuk ni. Ada benda penting ke mak telefon?” tengking Qaseh Atiqah kepada emaknya. “Sampai hati Qaseh tengking mak. Mak rindukan Qaseh sebab tu mak telefon Qaseh” . Qaseh mendengus keras. Mak Awa hanya mampu menitiskan air mata dari kejauhan. Anaknya telah banyak berubah. Dari seorang yang lemah lembut menjadi seorang yang mementingkan diri. Qaseh hanya menelefon mak Awa apabila beliau memerlukan duit. Padahal, Qaseh telah mendapat wang biasiswa dari pihak JPA, tetapi beliau seorang yang boros dan suka berbelanja sesuka hatinya.
Hampir setahun Qaseh tidak pulang ke kampong. Apabila tiba musim cuti semester beliau selalu mengikut kawan-kawannya pulang ke rumah. Ini kerana beliau tidak mahu menolong emaknya menjaja kuih di sekeliling kampong. Bagi beliau pekerjaan itu memalukan reputasi beliau sebagai seorang mahasiswa. “Kak Qas, bila nak balik? Cuti semester dah dekat kan?” Tanya adiknya Qaseh Fatihah. ‘Tak payah la ko nak sibuk aku balik ke tak. Ko jaga la mak kat kampong tu…’. Fatihah terus meletak telafon kerana geramkan kakaknya..
‘Tihah, jadi kakak kamu balik cuti semester ni’ Tanya mak Awa pada anak bongsunya. “Tak mak”, jawab fatihah ringkas. Dia malas hendak membahaskan tentang kakaknya. Fatihah terus masuk ke bilik untuk bersiap ke kelas agamanya.
Fatihah seorang anak yang taat  namun beliau tidak secerdik kakaknya Qaseh. Jadi dia mendalami ilmu agama dengan Ustaz Syarhan. Dalam diam Ustaz Syarhan meminati Qaseh Fatihah kerana kelembutan beliau.
Shah Alam,
Hafis merupakan kekasih kepada Qaseh. Tetapi beliau bukanlah seorang yang bertanggungjawab. “Sayang, jom keluar”, ajak hafis. “Ala, dah pukul berapa ni. Esok je la kita keluar” jawab Qaseh kepada kekasihnya. “Awak tak sayang saya ke”? Tanya hafis. ‘Erm, ok kita keluar tapi sekejap je tau’ jawab Qas malas.. Tapi malang tidak berbau mereka berdua di tangkap Khalwat. Dan di bawa oleh orang Majlis Agama Islam.
Kampung Tanjung
Heboh satu kampong bahawa Qas di tangkap khalwat. Mak Awa seorang yang lemah semangat. Apabila mendapat perkhabaran itu mak Awa jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. ‘Kak Qas, balik kampong sekarang. Mak jatuh pengsan”. Qas berasa malu untuk pulang ke kampong, dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampong terus.
Kesihatan Mak Awa semakin teruk. Beliau terlalu rindukan  anaknya Qaseh. Tetapi tiada langsung perkhabaran yang dia terima dari anaknya Qas. Tidak lama kemudian Mak Awa pulang ke rahmatullah.  Jenazah Mak Awa selamat  dikebumikan di sebelah kubur suaminya kerana beliau pernah berpesan , ‘Fatihah, jika umur emak tidak panjang, kebumikan mak di sebelah kubur ayah ye’. “kenapa mak cakap macam tu, mak tak apa-apakan..(sambil menangis). Mak Cuma bimbangkan kakak, sebab tu mak sakit.” Tak payah la mak fikirkan kakak tu. Bukan dia ingat kat kita pun. Marah Fatihah pada kakaknya.
Setahun kemudian,
Qaseh telah berkerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat. “Qas, kenapa dengan ko ni? Aku tengok ko termenung je dua tiga hari ni”. ‘Entah la kak Siti, dua tiga hari ni saya termimpi-mimpikan mak saya. Dalam mimpi tu mak saya asyik panggil-panggil nama saya’. “Ambil cuti Qas, pulang ke kampong mungkin emak kamu terlalu rindukan kamu tu. Lupakan apa yang pernah berlaku. Emak mana yang tak sayang anak Qas. Benda yang lepas tidak perlulah kamu ingat lagi. Jadikan itu satu pengajaran untuk kamu”.
Qaseh pun memohon cuti pada majikannya untuk pulang ke kampong. Semasa beliau tiba, beliau ternampak ramai orang di hadapan rumahnya. Beliau berasa tidak sedap hati. Beliau jalan terus ke rumah hanya hanya Allah yang tahu berapa lemahnya kaki ini apabila melihat sekujur badan yang tidak bergerak di depan matanya. Air matanya bagai hujan yang tanpa henti. Fatihah memeluk kakaknya bagi menenangkannya. Qaseh macam kehilangan kata-kata. Beliau hanya berkurung di bilik dan tidak mahu menjamah sedikit pun makanan.
‘Akak, dah dua hari mak pergi. Jangan la akak seksa diri akak tu. Makan la sikit. Nanti akak sakit lagi susah’,pujuk Fath. “Mak mesti rindukan akk kan Fath. Akak je yang keras hati tak nak balik rumah masa fath telefon akak.” Akak menyesal tak dapat tengok mak saat-saat akhirnya. ‘Fath, agak-agak mak maafkan akak tak?’tnya Qas pada adiknya.”kak, mak dah lama maafkan akak. Dia tahu situasi akak masa tu. Akak takut orang mengata akk kan. Tapi mak selalu cakap akak sebenarnya anak yang taat Cuma akak terpengaruh dengan kawan-kawan akak jew. Dah la kak, sama-sama la kita doakan mak sejahtera di sana dan di tempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.” 
Tidak lama kemudian, Fatihah di lamar oleh Uztaz syarhan. Kakaknya Qaseh juga telah banyak berubah dan banyak mengabdikan diri kepada penciptaNya. Qaseh juga telah di lamar oleh seorang lelaki yang meminatinya. Lelaki tersebut merupakan client di pejabatnya. Lelaki tersebut tidak pernah menilai Qas dari sejarah silamnya tetapi dari perwatakannya sekarang.
Mereka semua hidup bahagia di samping orang tersayang. Mungkin Kasih seorang ibu itu telah terhenti tetapi kasih seorang anak haruslah berterusan hingga penghujung nyawanya. Ingatlah, mungkin kita sendiri akan menjadi seorang ibu dan sentiasa mengharapkan kasih dari seorang anak yang taat kepada penciptaNya dan ibu bapa.
Sekian, terima Kasih….
Enjoy your reading…

Khamis, 14 Mac 2013

AyahKu

Ni cerita tentang seorang ayah....
Macam-macam cerita tentang ayah,abah,daddy,abi dan mcm2 panggilannya yang kita pernah dengar...
Walaupun ad yang kata ayah ni seorang yang garang tapi sebenarnya mereka ni seorang yang penyayang tanpa kita sedari....
Okey ni cite pasal abah sz.... semua anak lelaki dalam keluarga kami begitu takut terhadap abah kami..
Segala ape yang mereka perlu mesti mereka akn meminta kepada mak kami sebelum mak memberitahu kepada abah... Tetapi lain pula kami anak2 perempuan abah....
Mana tidaknya, Masa abang kami budak2 lagi abah adalah seorang yang garang dan bengis... Macam2 yang kami dengar cerita tentang abah dari abang2 kami... Iyela, contohnya abang pernah tido kat surau kerana takutkan abah pukul mereka kerana buat kesilapan....
Berbeza pula dengan kami anak2 perempuan, garang dan bengis abah telah berkurangan.... cuma kami still pernah merasa di libas dengan tali pinggang kerana bergaduh..... Tpi makin lama abah dah x garang lagi dan kami berani meminta keperluan kami terus kepada abah tanpa mak menjadi orang tengah..
Mungkin masa kecil abah garang sebab nak mendidik kami, bukan beliau bencikan kami... Jadi jangan salahkan mereka walaupun mereka seorang yang garang..

Hari Ini menjadi sejarah kerana Abah call lagi untuk tanyakan kesihatan kakiku setelah semalam beliau menelefonku dan ku menyatakan kakiku still membengkak... Beliau menanyakan sama ada sz telah merujuk kepada pusat kesihatan semula ataupun tidak...
Tp sz menyatakan bahawa kelasku abis pukul 5 jadi pusat kesihatan telah tutup dan aku berjanji akn ke pusat kesihatan pada esok hari iaitu hari jumaat kerana kelasku tidak terlalu banyak....
Beliau menyatakan akn menelefonku kembali esok setelah aku ke klinik... (terharu rasa bila abah cakap macam tu) huhuhuhuhu 
Sz jadi rasa bersalah pun ada kerana tidak menjaga kesihatan  dan keselamatan diri ni sehingga memyebabkan abah dan mak risau.. Mak Abah sory sebab buat mak abah risau.... InshaAllah sz akan jaga diri dan akn sentiasa berhati2 ketika berjalan dan ketika turun tangga... (SAYANG MAK ABAH )

Janji tertangguh....dan Pnya Persamaan..

Assalamualaikum...
kali ni sz nk citer pasal janji yang tertangguh sekian lama...
Sz dah berjanji dengan kawan sz akn poskan cd fiqh munakahat yang beliau minta belikan dari sem lepas...
Tapi sz x sempat poskan kerana sz tinggal jauh dr pejabat pos.. Dan sz kata kat beliau yang cd beliau akan sz pos masa naik sem ni....
Apabila sampai di kolej, sz menayakan beliau sama ada beliau di kolej beliau atau di kg?Beliau ketika itu, baru bercuti... Jadi sz tangguhkan pengeposannya sehingga beliau balik dua tiga hari kemudian tetapi malang tidak berbau... dua hari sebelum hari yang di niatkan untuk mengeposkan cd beliau sz mengalami kecelakaan... Sz terjatuh dari tangga kerna tersilap langkah, dan pada mlm itu juga sz di hantar ke hospital klang kerana kakinya mula membengkak...
Dan sehingga hari ini kakinya msih membengkak dan ayah sz menyuruh sz merujuk kepada pusat kesihatan semula...  Jadi tidak tahu la bila agaknya cd ini akan di pos kepada tuannya...


Hah, ni lagi satu, semalam sahabat sz memberitahu sz yang seorang sahabat yang sz kenal mengalami kemalangan jalan raya, tetapi Alhamdulilah sahabat itu tidak apa2 cuma mengalami luka ringan...
Tapi nak tau ape yang ad persamaannya???? Sahabat itu di rujuk ke hospital klang dan mengalami luka di bahagian kaki kiri iaitu sama seperti sz....
Semoga Beliau Cepat Sembuh kerana Beliau Merupakan Orang penting UiTM sekarang.....

*Kesihatan dan Keselamatan Itu Penting Perlu Dijaga.....Jangan dah Terkena baru Nak menangis tanpa Lagu pula...