Ahad, 28 Oktober 2012

PMH ubahku.........

Alhamdulilah ya Allah.....
Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin darinya dapat sz membaca, menulis dan belajar di atas muka buminya ini.....
Di sini sz bukan la penulis yang baik tp cuba untuk menjadi seorang yang baik....
Siapa yang betul2 mengenali diri ini pasti tahu siapa Sz yg sebenarnya...
Macam2 yang sz pernah alami dalam hidup ini, sz amat menyesali dengan ape yg sz pernah lakukan di atas muka bumi ini....

Sz rasa terharu sangat apabila dapat mengenali sahabat2 yang berusaha untuk berdakwah di jalan Allah S.W.T.....
Seperti yg sz katakan tadi sz bukanlah seorg yng baik tp cuba untuk berubah menjadi baik..
Kenapa sz cakap mcm tu?????? sebab Sz banyak belajar dari mereka semua tentang islam walaupun belum cukup mendalam....
Seperti yang sahabat2 selalu katakan "Allah itu sentiasa membuka pintu2 taubat untuk hamba2nya"


Syukur....syukur...syukur.....(pinjam trandmark seorg sahabat)
alhamdulilah, walaupun Sz di tempatkan di bandar yang ramai orng kata tempat longgoknya maksiat tp Allah Maha Mengetahui bertapa lemahnya iman hambanya ini.... Dia telah temukan sz dengan sahabat2 yang membantu sz ubtuk terus berada di landasan Allah s.w.t...
Wlaupun pada sem lepas sz hanya menyertai program sekadar mengisi masa lapang akhirnya Allah telah bukakan pintu hati ini untuk terus berada di dalam kalangan sahabat2 ini.....

Mana tidaknya, pada sem lepas sz selalu pergi ke PI apabila kwn sebilik ajak ataupun kwn sekelas ajak.... Tp sebelum cuti sem bermula, Persatuan Mahasiswa Hadhari membuat Kem Pengurusan Organisasi di UITM Dungun.... pada mulanya sz tidak memberi respon pada sms tersebut kerana pada mulanya bapa sz akan menjemput sz di UITM tetapi dengan izin Allah bapa sz tidak jadi untuk mengambil sz dan barang2 sz akn di ambil oleh pakcik yg berada di KL... jadi sz kena balik kg sendiri dan secara kebetulan kakak PMH menghantar sms semula bg yang berminat untuk trut serta dalam kem tersebut dan sz mendapat kebenaran drpd bapa sz... di kem tersebut sz tidak kenal sesiapa pun tp rupa-rupanya Allah itu maha perancang, kerana walau mereka tidak sz kenal tetapi mereka semua begitu menghargai sahabat2 walaupun sahabat itu baru mereka kenali..... Sz rasa terharu sangat kerana Persahabatan kami masih Kekal Dan inshaAllah Akn kekal hingga ke Jannahtul Firdaus....

Dan setelah dari program itu, Hati sz masih merindui saat2 kami bersama.....
Dan akhirnya, Allah telah membuka Jalannya dengan ketemukan Sz dengan sahabat dr program KPO...
Sahabat : Akak tahu x yang PMH akn adakan SGC (nama lama program terdahulu)....
Sz          : Xtau pun... mana Aqilah tau???? bile?
sahabat  : Akk usrah qila yg bagitau..... dalam minggu ni....
Sz          :  La x tau pun... majuk ar x mau join Program PMH ag..(saje ngade2 dengan Qila)...
Sahabat :  La, dia belum war2 kan ag... ni just bagi nama je dulu... xpe la, akk bg no akk kat kita nanti kita tnya akk usrah kita blh x masukkan nama akk....
sz          : okey... ni no akk....017-720xxxx
sahabat : okey ... nanti pew2 hal qila bgtau akk k...
Selepas itu kami berpisah kerana masing2 mahu pulang ke umh n kolej....

ke esokkan harinya, qila menghantar sms untuk meminta butir2 peribadi....
La, dapat juga rupanya sz join program PMH... (hehehe..... nampak x permainannya di situ)
so, x jadila nk majuk... huhuhuhu.... tapi sygnya Aqilah tidak dapat join xtvt tersebut kerana ad hal yg x dapat di elakkan....
lagi sedih sahabat2 yg ku rindui x dapat join pada mulanya hampir nk nangis gak la masa kna talk pasal "sAhabat".... gara2 Saudara sufi la ni.... macm tau2 jew time tu sz tgh sentimental tgk kaum muslimin berpelukan....
Tapi Allah maha mengetahui, Dia utuskan Sahabat itu untuk sz.....(nama di rahsiakan... hihihi)
walaupun beliau dtg lambat tp terubat di hati ini perasaan rindu....
trendmark *SAYA SAYANG AWAK KERANA ALLAH* Oleh saudara sufi juga membuatkan semua org dapat selami perasaan itu sendiri sampai menangis2 la juga.... (biasa la dalam hati ad taman bunga)huhuhuhu...


#rindu untuk bersama kamu semua ag....

Selasa, 16 Oktober 2012

KATA-KATA.....

Hari sz di datangi oleh dua orang sahabat yang sz sayangi....
    Pertama, sahabat sz meluahkan perasaan yang dia berasa sedih kerana terlewat bangun untuk ke kelas. dan beliau mengatakan yang hari ini lebih teruk berbanding hari semalam... Sz terkaku seketika kerana ingin memikirkan kata2 yang sesuai untuk memulihkan perasaannya.... Sebab tiap kata2 kadang kala memakan diri sendiri... Sz hanya mampu untuk mengatakan kepadanya : "jangan la bersedih, mungkin ada hikmah smua ini berlaku.... Mmg dia tidak dapat pergi ke kelas tetapi x semestinya dia perlu berputus asa dan mungkin Allah hendak dia berusaha mendapatkan ilmu yang lec ajarkan pada hari ini.... Dan mungkin ini peringatan untuk kita atas ape yang kita lakukan semalam...''. Mungkin kata2 ini tidak melegakan tp sz try memberi kata2 yang sz blh katakan....
    Kedua, sahabat sz meluahkan yang dia sedih kerana lelaki yang dia sayang telah memilih untuk bersama teman wanitanya yang seorang lagi... sahabat sz juga mempunyai teman lelaki tetapi dia tidak dapat move on... sb dia berasa selesa bersama kawannya itu..sz x dpat meluahkan kata2 kepadanya kerana sz x pernah menghadapi ujian sebegini... sz hanya mampu mengucapkan perkataan sabar sahaja... adakah sz terlalu kejam kerana hanya mampu melihat tetapi tidak mampu untuk memberi kata2 semangat???

*MOOD: SEDIH KERANA DIRI INI BELUM MAMPU UNTUK MEMBANTU SAHABAT SENDIRI.......

Rabu, 10 Oktober 2012

CINTA,PERASAAN DAN SAHABAT

Alhamdulilah allah telah memberi peluang untuk sz kekal sihat di atas muka buminya ini...
hari ini sz rasa bersyukur sangat kerana dapat mengenali rakan- rakan sepejuangan di UITM Shah Alam ini. Ramai yang mengatakan UITM Shah Alam ini tempat yang agak sosial tapi bagi sz semua tempat agak sosial juga. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Kalau kita pandai menyesuaikan diri pada sesuatu tempat, kita akan nampak juga yang banyak program yang berteraskan keagamaan di sini. Banyak persatuan yang mementingkan kerohanian seseorang. Contohnya, Kelab Rakan Dinamik, Persatuan Mahasiswa Hadhari Dll... persatuan2 ini memberi banyak aktiviti yang boleh mengisi rohani kita yang dalam kehausan... (ini pendapat sz sb sz ini bukan la baik sgt pun...)

Sz bukan nak citer pasal persatuan tapi sz nak citer pasal rakan2 yang banyak mengajar sz sepanjang sz belajar di UITM ini. Semalam sz bertemu dgn rakan sepejuangan sz, dia banyak memberi nasihat kepada sz. Insyallah, dengan izinNYA rakan sz akan di ikat dgn seseorg.. Tahniah sz ucapkan untuk beliau.. Mungkin sudah sampai jodoh beliau, and sz tumpang bahagia bagi pihaknya...(rasa nak kawen juga laa... hahahah). Semalam rakan sz cerita tentang permainan hati kita. Rakan sz cakap lau kita asyik2 tukar boyfriend jew maknanya hati kita blm cukup bersih....

Dan rakan sz yang lagi sorang pula cakap kadang2 allah nak uji hati kita pada seseorang. lau kita dah terlalu suka sangat kat seseorang kita kna la kembali kepada penciptanya. Kita berdoa la kepada pencipta kita bahawa kalau orang yang kita suka itu bukan  milik kita minta la dia hilangkan perasaan itu...kerana kita x layak mencintai ornag yang bukan milik kita kerna cinta kita hanyalah untuk suami kita setelah Allah Dan Rasulnya....( pasal yang ini macam terkena kat sz masa kawan sz cakap... sz hanya mampu tersenyum)

YA ALLAH, AKU HANYALAH MAKHLUKMU YANG LEMAH, AKU TIDAK MAMPU MENAHAN PERASAAN INI. JADI JIKA DIA BUKAN MILIKKU ENGKAU HILANGKANLAH PERASAAN INI DARI DIRIKU AGAR AKU TIDAK SALAH MENYINTAI ORANG YANG BUKAN MENJADI MILIK HATI DAN PERASAAN INI......KERANA ENGKAU LAH YANG MEMEGANG HATI2 KAMI.....


Ini la sz selalu lakukan selama sz bercuti semasa cuti sem satu hari tu. dan alhamdulilah sz dah tidak terlalu teringatnya dan sz dapat mengawal perasaan ini dr diri sz. Semoga allah menjaga perasaan sz ini sehingga sz berjumpa orang yang sepatutnya sz cintai dan sygi...(^_^)


*ingatan untuk diri ini supaya jangan terlalu ikutkan hati yang membara ingin mengejar cinta yang belum pasti tapi KEJARLAH CINTA YANG HAKIKI IAITU CINTA ALLAH DAN RASULNYA....(^_^)



Isnin, 1 Oktober 2012

K3SIBUK4N

 erm, rindunya nk buka blog....
Walaupun tak menulis selalunya rajin tuk singgah ke blog rakan2.
Alhamdulilah, Allah telah memberi peluang tuk sz mengikuti program2 yg berbentuk pengisian. Walaupun penat yg tidak dapat di gambarkan tp sz berasa puas ati sb ramai yg support sz supaya kuat.
Erm, macam2 aktiviti yg sz join smpai badan pun dah rasa nk demam pun ada tp sz kena la lwn penyakit ni sb sz x nk la terlalu manjakan sgt bdn ni..
Nak tau ape xtvt yg sz join....
Start dr hari jumaat lps, sz kna jaga gerai tuk persatuan yg sz join... ramai gler kot penonton...
tak sangka ramai juga yg support program nasyid antara universiti ni... ye la, skrg jarng nk tgk org minat dgn dunia nasyid ni.
Lpas progrm, sz join la pula g Qiam kat PI. yela kan DATC tu x jauh dr pusat islam. Ape salahnya, muhasabah diri yg byk leka dgn dunia ni...(^_^)
Esoknya kat PI ada pengurusan jenazah tp sz x dpt join sb dah jnji dgn kawan jd fasilitator kat sek. keb. bandar sunway. Kami kena ajar bdk2 tu cara praktikal solat... erm, kat situ juga la sz belajar cara solat jenazah sb sz tak pernah belajar cara solat jenazah sebenarnya... Sz bersyukur walaupun dah agak tua juga la baru tau cara solat jenazah tu macam mana... student2 sk bndar sunwaypatut rasa bersyukur kerana tau dlm usia yg agak muda dr sz.
Sz tiba di kolej dr sk bandar sunway dlm pukul 7. Selepas bersihkan diri, kawan sz ajak sz pergi Talk Dr Zakir Naik. Wow, penuh gler kot kat DATC dr pelbagai negara... tp di sebabkan badan terlalu penat, sz terpaksa pulang sebelum program tamat.... ingatkan nak rehat kejap jew tp smpai subuh juga la sz tertido..... yela assgmt x siap lukis ag. Tp nak bt macam mana bdn dah penat sgt kot. Bangun2 tido sz dah kena siap2 pergi KL sebab sepupu sz melansungkan walimatul urus.... Jd sz yg dah dekat ni xkan x menampakkan muka pula, so gagahkan juga la pergi naik bus ke stesen lrt universiti pastu naik lrt terus ke wangsamaju...... tibe kat wangsamaju semua org dah siap2 nk ke dewan tp langsungnya walimatul urus. Jd sz x lama kat rumah mak cik, sz terus ikut ke dewn tuk prepare ape yg patut.... erm, kat dewan, sz tolong sepupu tuk setup tempat hadiah pengantin..... Sz tgk dah macam pertandingan siapa dapat hadiah paling byk sb yg pengantinya abg dgn adik so pengantin empat la senag kata. huhuhu ....
Tapi memikirkan assgmt yg belum lukis satu ape pun, sz tanya mak sz nk hantar smpai U or LRT saja. Abg sz x larat nk anta sampai U jd dia hanya blh anta sz ke Lrt Melati. Jd sz gerak dr tempat kenduri kul 3. Smpai di Kolej sz siap2 tuk buat lukisan bersama rakan sekelas. Malamnya, sz di invite tuk menjaga gerai PMH lagi... (yela, dah sekretiat keusahawanan la katakan) masa tu Diana Amir menceritakan tentang kisahnya yg dulu on off je pakai tudung n cara dia mendapati hidayah tuk terus memakai tudung n nasiaht supaya rajin g usrah kerana usrah la dia mampu bertahan tuk bertudng..... dah dapat mendengar Qasidah dr adik2 celik, sajak, persembahan AF Dan sesi munasabah.....(Siapa yg tak menangis lau di tanya ape yg anda akan katakan Kpd Rasulullah jika beliau berada di samping kite) .... Balik dr progrm kul 12, sz terus sambung mewrna gmbr lukisan yg rakn sz buat n topup ape yg patut. Thaz kepada yaya n zira sb snggp tlg sz mewarna n melukis walaupun kite dah berlainan kelas....(^_^).
# Jgn mudah mengalah dgn ujian yg sedikit berbanding ujian yg di terima oleh Rasulullah S.A.W.
peringatan tuk diri yg hina ini.....