Alhamdulilah allah telah memberi peluang untuk sz kekal sihat di atas muka buminya ini...
hari ini sz rasa bersyukur sangat kerana dapat mengenali rakan- rakan sepejuangan di UITM Shah Alam ini. Ramai yang mengatakan UITM Shah Alam ini tempat yang agak sosial tapi bagi sz semua tempat agak sosial juga. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Kalau kita pandai menyesuaikan diri pada sesuatu tempat, kita akan nampak juga yang banyak program yang berteraskan keagamaan di sini. Banyak persatuan yang mementingkan kerohanian seseorang. Contohnya, Kelab Rakan Dinamik, Persatuan Mahasiswa Hadhari Dll... persatuan2 ini memberi banyak aktiviti yang boleh mengisi rohani kita yang dalam kehausan... (ini pendapat sz sb sz ini bukan la baik sgt pun...)
Sz bukan nak citer pasal persatuan tapi sz nak citer pasal rakan2 yang banyak mengajar sz sepanjang sz belajar di UITM ini. Semalam sz bertemu dgn rakan sepejuangan sz, dia banyak memberi nasihat kepada sz. Insyallah, dengan izinNYA rakan sz akan di ikat dgn seseorg.. Tahniah sz ucapkan untuk beliau.. Mungkin sudah sampai jodoh beliau, and sz tumpang bahagia bagi pihaknya...(rasa nak kawen juga laa... hahahah). Semalam rakan sz cerita tentang permainan hati kita. Rakan sz cakap lau kita asyik2 tukar boyfriend jew maknanya hati kita blm cukup bersih....
Dan rakan sz yang lagi sorang pula cakap kadang2 allah nak uji hati kita pada seseorang. lau kita dah terlalu suka sangat kat seseorang kita kna la kembali kepada penciptanya. Kita berdoa la kepada pencipta kita bahawa kalau orang yang kita suka itu bukan milik kita minta la dia hilangkan perasaan itu...kerana kita x layak mencintai ornag yang bukan milik kita kerna cinta kita hanyalah untuk suami kita setelah Allah Dan Rasulnya....( pasal yang ini macam terkena kat sz masa kawan sz cakap... sz hanya mampu tersenyum)
YA ALLAH, AKU HANYALAH MAKHLUKMU YANG LEMAH, AKU TIDAK MAMPU MENAHAN PERASAAN INI. JADI JIKA DIA BUKAN MILIKKU ENGKAU HILANGKANLAH PERASAAN INI DARI DIRIKU AGAR AKU TIDAK SALAH MENYINTAI ORANG YANG BUKAN MENJADI MILIK HATI DAN PERASAAN INI......KERANA ENGKAU LAH YANG MEMEGANG HATI2 KAMI.....
Ini la sz selalu lakukan selama sz bercuti semasa cuti sem satu hari tu. dan alhamdulilah sz dah tidak terlalu teringatnya dan sz dapat mengawal perasaan ini dr diri sz. Semoga allah menjaga perasaan sz ini sehingga sz berjumpa orang yang sepatutnya sz cintai dan sygi...(^_^)
*ingatan untuk diri ini supaya jangan terlalu ikutkan hati yang membara ingin mengejar cinta yang belum pasti tapi KEJARLAH CINTA YANG HAKIKI IAITU CINTA ALLAH DAN RASULNYA....(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan