Mak!!!!! Laung Qaseh dari luar rumah. Mak Awa yang dari
dapur berlari-lari anak melihat anaknya. Qaseh baru sahaja pulang dari
sekolahnya setelah di umumkan keputusan SPM keluar pada hati tersebut. “kenapa
ni Qaseh? Mak kat dapur tadi.”Tanya Mak Awa pada anaknya.
‘Qaseh Berjaya dapat
keputusan yang bagus ni mak’ sambil menunjukkan kertas keputusannya kepada
emaknya.. Mak Awa menitiskan air mata kegembiraan apabila melihat result
anaknya yang mendapat 9A1. Tetapi di dalam hatinya terdetik bahawa dia perlu
kerja dengan lebih keras lagi kerana anaknya akan menyambung pelajarannya ke
pengajian yang lebih tinggi lagi.
Qaseh dapat melihat reaksi emaknya. Beliau tahu ibunya tidak
mampu untuk membiayainya jikalau dia ingin menyambung pembelajarannya kerana
emak masih perlu menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah lagi. Jadi dia membuat keputusan untuk berkerja sambilan
bagi menampung pembelajarannya nanti.
Akhirnya, keputusan yang di nanti-nanti oleh Qaseh telah
tiba. Qaseh dapat melanjutkan pelajarannya di
universiti tempatan. ‘Qaseh, jangan lupa jaga diri kamu di sana nanti’
pesan Mak Awa. ‘yalah mak, nanti bila
Qaseh cuti Qaseh balik tolong mak jual kuih’ jawab Qaseh seorang anak yang
taat.
Tetapi kadang-kala manusia mudah lupa apabila berjauhan dari
keluarga. Qaseh mula terpengaruh dengan kawan-kawannya. Dia mula lupa daratan
dan mula bergaul bebas serta rajin keluar malam. Dia sering mengabaikan
pelajarannya.
‘Qaseh tak rindu kat mak ke?’ Tanya mak Awa ketika menelefon
Qaseh. “Hah mak, nak apa? Qaseh sibuk ni. Ada benda penting ke mak telefon?”
tengking Qaseh Atiqah kepada emaknya. “Sampai hati Qaseh tengking mak. Mak
rindukan Qaseh sebab tu mak telefon Qaseh” . Qaseh mendengus keras. Mak Awa
hanya mampu menitiskan air mata dari kejauhan. Anaknya telah banyak berubah.
Dari seorang yang lemah lembut menjadi seorang yang mementingkan diri. Qaseh
hanya menelefon mak Awa apabila beliau memerlukan duit. Padahal, Qaseh telah
mendapat wang biasiswa dari pihak JPA, tetapi beliau seorang yang boros dan
suka berbelanja sesuka hatinya.
Hampir setahun Qaseh tidak pulang ke kampong. Apabila tiba
musim cuti semester beliau selalu mengikut kawan-kawannya pulang ke rumah. Ini
kerana beliau tidak mahu menolong emaknya menjaja kuih di sekeliling kampong.
Bagi beliau pekerjaan itu memalukan reputasi beliau sebagai seorang mahasiswa.
“Kak Qas, bila nak balik? Cuti semester dah dekat kan?” Tanya adiknya Qaseh
Fatihah. ‘Tak payah la ko nak sibuk aku balik ke tak. Ko jaga la mak kat
kampong tu…’. Fatihah terus meletak telafon kerana geramkan kakaknya..
‘Tihah, jadi kakak kamu balik cuti semester ni’ Tanya mak
Awa pada anak bongsunya. “Tak mak”, jawab fatihah ringkas. Dia malas hendak
membahaskan tentang kakaknya. Fatihah terus masuk ke bilik untuk bersiap ke
kelas agamanya.
Fatihah seorang anak yang taat namun beliau tidak secerdik kakaknya Qaseh.
Jadi dia mendalami ilmu agama dengan Ustaz Syarhan. Dalam diam Ustaz Syarhan
meminati Qaseh Fatihah kerana kelembutan beliau.
Shah Alam,
Hafis merupakan kekasih kepada Qaseh. Tetapi beliau bukanlah
seorang yang bertanggungjawab. “Sayang, jom keluar”, ajak hafis. “Ala, dah
pukul berapa ni. Esok je la kita keluar” jawab Qaseh kepada kekasihnya. “Awak
tak sayang saya ke”? Tanya hafis. ‘Erm, ok kita keluar tapi sekejap je tau’
jawab Qas malas.. Tapi malang tidak berbau mereka berdua di tangkap Khalwat. Dan
di bawa oleh orang Majlis Agama Islam.
Kampung Tanjung
Heboh satu kampong bahawa Qas di tangkap khalwat. Mak Awa
seorang yang lemah semangat. Apabila mendapat perkhabaran itu mak Awa jatuh
pengsan dan tidak sedarkan diri. ‘Kak Qas, balik kampong sekarang. Mak jatuh
pengsan”. Qas berasa malu untuk pulang ke kampong, dia mengambil keputusan
untuk tidak pulang ke kampong terus.
Kesihatan Mak Awa semakin teruk. Beliau terlalu
rindukan anaknya Qaseh. Tetapi tiada
langsung perkhabaran yang dia terima dari anaknya Qas. Tidak lama kemudian Mak
Awa pulang ke rahmatullah. Jenazah Mak Awa selamat dikebumikan di sebelah kubur suaminya kerana
beliau pernah berpesan , ‘Fatihah, jika umur emak tidak panjang, kebumikan mak
di sebelah kubur ayah ye’. “kenapa mak cakap macam tu, mak tak
apa-apakan..(sambil menangis). Mak Cuma bimbangkan kakak, sebab tu mak sakit.”
Tak payah la mak fikirkan kakak tu. Bukan dia ingat kat kita pun. Marah Fatihah
pada kakaknya.
Setahun kemudian,
Qaseh telah berkerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat. “Qas,
kenapa dengan ko ni? Aku tengok ko termenung je dua tiga hari ni”. ‘Entah la
kak Siti, dua tiga hari ni saya termimpi-mimpikan mak saya. Dalam mimpi tu mak
saya asyik panggil-panggil nama saya’. “Ambil cuti Qas, pulang ke kampong
mungkin emak kamu terlalu rindukan kamu tu. Lupakan apa yang pernah berlaku.
Emak mana yang tak sayang anak Qas. Benda yang lepas tidak perlulah kamu ingat
lagi. Jadikan itu satu pengajaran untuk kamu”.
Qaseh pun memohon cuti pada majikannya untuk pulang ke
kampong. Semasa beliau tiba, beliau ternampak ramai orang di hadapan rumahnya. Beliau
berasa tidak sedap hati. Beliau jalan terus ke rumah hanya hanya Allah yang
tahu berapa lemahnya kaki ini apabila melihat sekujur badan yang tidak bergerak
di depan matanya. Air matanya bagai hujan yang tanpa henti. Fatihah memeluk
kakaknya bagi menenangkannya. Qaseh macam kehilangan kata-kata. Beliau hanya
berkurung di bilik dan tidak mahu menjamah sedikit pun makanan.
‘Akak, dah dua hari mak pergi. Jangan la akak seksa diri
akak tu. Makan la sikit. Nanti akak sakit lagi susah’,pujuk Fath. “Mak mesti
rindukan akk kan Fath. Akak je yang keras hati tak nak balik rumah masa fath
telefon akak.” Akak menyesal tak dapat tengok mak saat-saat akhirnya. ‘Fath,
agak-agak mak maafkan akak tak?’tnya Qas pada adiknya.”kak, mak dah lama
maafkan akak. Dia tahu situasi akak masa tu. Akak takut orang mengata akk kan. Tapi
mak selalu cakap akak sebenarnya anak yang taat Cuma akak terpengaruh dengan
kawan-kawan akak jew. Dah la kak, sama-sama la kita doakan mak sejahtera di
sana dan di tempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.”
Tidak lama kemudian, Fatihah di lamar oleh Uztaz syarhan.
Kakaknya Qaseh juga telah banyak berubah dan banyak mengabdikan diri kepada
penciptaNya. Qaseh juga telah di lamar oleh seorang lelaki yang meminatinya. Lelaki
tersebut merupakan client di pejabatnya. Lelaki tersebut tidak pernah menilai
Qas dari sejarah silamnya tetapi dari perwatakannya sekarang.
Mereka semua hidup bahagia di samping orang tersayang.
Mungkin Kasih seorang ibu itu telah terhenti tetapi kasih seorang anak haruslah
berterusan hingga penghujung nyawanya. Ingatlah, mungkin kita sendiri akan
menjadi seorang ibu dan sentiasa mengharapkan kasih dari seorang anak yang taat
kepada penciptaNya dan ibu bapa.
Sekian, terima Kasih….
Enjoy your reading…