aku di beri peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini....
Walaupun aku belum mempunyai anak mahupun suami tetapi aku juga seorang perempuan yang mempunyai hati nurani sebagai seorang ibu...
Aku cukup terasa jika engkau menyakiti hati perempuan yang bergelar ibu..
Apa salahnya sehingga engkau begitu tekad untuk menghentamnya dengan pelbagai persoalan sehingga menitis air mata si ibu...
Tidakkah engkau rasa bersalah mengeluarkan kata-kata yang menghiris hatinya..
Dia yang melahirkan engkau, menjaga engkau, mendidik engkau... Tidak kau merasa banyak masanya dia korbankan untuk kebahagiaan engkau...
Engkau mungkin telah dewasa tetapi kenapa pemikiran kau tidak seperti orang yang dewasa dapat membezakan kasih sayangnya selama ini terhadap engkau....
Ingatla, jika engkau melakukan ini terhadap ibumu tidak mustahil hal ini akan berlaku terhadap engkau di kemudian hari. Fikir-fikirkan la wahai kawan...Allah itu maha mengetahui semua yang berlaku di atas muka bumi ini...
Ini Pengajaran Bagiku Agar Aku Berfikir Sebelum Mengeluarkan Kata-Kata Kerana kadang kala kata-kata boleh menghiris hati seseorang..... (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan