Rabu, 24 April 2013

IBU

Subhanallah, maha suci Allah,
aku di beri peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini....
Walaupun aku belum mempunyai anak mahupun suami tetapi aku juga seorang perempuan yang mempunyai hati nurani sebagai seorang ibu...
Aku cukup terasa jika engkau menyakiti hati perempuan yang bergelar ibu..
Apa salahnya sehingga engkau begitu tekad untuk menghentamnya dengan pelbagai persoalan sehingga menitis air mata si ibu...
Tidakkah engkau rasa bersalah mengeluarkan kata-kata yang menghiris hatinya..
Dia yang melahirkan engkau, menjaga engkau, mendidik engkau... Tidak kau merasa banyak masanya dia korbankan untuk kebahagiaan engkau...
Engkau mungkin telah dewasa tetapi kenapa pemikiran kau tidak seperti orang yang dewasa dapat membezakan kasih sayangnya selama ini terhadap engkau....
Ingatla, jika engkau melakukan ini terhadap ibumu tidak mustahil hal ini akan berlaku terhadap engkau di kemudian hari. Fikir-fikirkan la wahai kawan...Allah itu maha mengetahui semua yang berlaku di atas muka bumi ini...
Ini Pengajaran Bagiku Agar Aku Berfikir Sebelum Mengeluarkan Kata-Kata Kerana kadang kala kata-kata boleh menghiris hati seseorang..... (^_^)

Jumaat, 5 April 2013

Kekuatan Dr Mu Ya Allah

               Tanpa aku sedari minat yang selama ini yang ku pendam membuatkan diriku alpa dan leka tentang sang penciptanya.... Dia hanyanya insan biasa yang di utuskan oleh Allah hanyalah perantaraan antara aku dan Allah.... Dia juga hanya mahluk Allah yang lemah dan sentiasa memerlukan Allah di sisinya. Jadi tidak perlulah terlalu taksub dengan kehebatannya kerana hebatnya dia hanyalah datang dari Allah....
               Aku baru mula sedar dari di buai mimpi yang aku impikan sendiri.... Allah terlalu sayang akan mahluknya dan sering merindukan hambanya berserah padanya. Jadi sebab itu Allah utusan dia untuk aku ingat akan Allah yang mencantikkan setiap gerak-gerinya... Tanpa Allah siapalah aku dan dia di atas muka bumi ini.....
              Allah juga utusan sahabatku itu bukan untuk menjatuhkan aku tetapi untuk mula menyedarkan aku yang makin lena di ulik mimpi aku itu... Allah tidak menciptakan sesuatu itu hanya dengan sia-sia.. Jadi aku kena sedar akan hikmah di sebalik apa yang aku alaminya sebenarnya bukan mula meyerah kalah... Jangan berundur sebelum menghunuskan senjata.
               Sekarang aku hanya perlu lebih kuat agar tidak mudah tersungkur di atas muka bumi Allah ini.... YA ALLAH, BERILAH HAMBAMU INI KEKUATAN DARI FIZIKAL, MENTAL DAN ROHANIKU AGAR AKU TERUS BERJUANG DI LANDASAN AGAMAMU......