Jumaat, 21 September 2012

Kenapa semua ni berlaku selepas kita berpisah.......
Ak terlalu emosional kew smpai sedih sangat apabila melihat perhubungan antara kita begitu byk konflik yg berlaku....
Ak syg sgt dengan korang walaupun ape yg sebelum ini korang lakukan kat ak.
Ak pun dah rasa lali dgn perlakuan korg.....
Mungkin korang x nampak ak sedih melihat korg bergaduh tp ak rasa sebak sebab korg begitu rapat pada suatu ketika dahulu.....
Ak tak tau nak salahkan siapa, setiap org pasti akn lakukan kesilapan dan mungkin gurauan yg dilakukan terlalu kasar......
Ak bukan la org yg mampu untuk memberi nasihat.....tp ukhwah yg korg bina selama satu sem sebelum ini di ketepikan di sebabkan ego masing-masing......
Korang x rasa rugi ke???????? selama ini kita byk berkongsi saat suka dan duka kita tapi sebabkan salah faham korg bermasam muka......
tolongla jgn begini.....ak syg kamu berdua.....

Selasa, 18 September 2012

Pilihan

Hari ini sz di beri pilihan untuk memilih atau terpilih.....
Penasihat Akademik datang ke kelas n bagi tau yang dia memerlukan volunteer untuk transfer ke kelas 2B. Sz mmg x nak tinggalkan group 2A sb sz dah biasa dgn mereka semua. Jadi sz jumpa Puan Mahfoza untuk kepastiaan perlu ke kami bertukar group. Puan kata group 2B cuma ad 9 org shja sb tu kami perlu di rombak.......
Puan kata kalau x ada yg suka rela dia akan choose shja sapa2 di antara kami....
Jadi dr di paksa tanpa rela lebih better pergi dgn hati yg pasrah... mungkin ad hikmah lau sz tukar group n mybe sz blh tambah kenalan yg baru......


#setiap apa yg ad di muka bumi ini perlu untuk membuat pilihan antara jalan yg mana perlu di pilih..... renung2kanlah...... 
SAYANG KORANG AP2362A

Khamis, 13 September 2012

25 Pesanan Luqman Hakim:

HAI ANAKKU.....
  1. ....ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia karam dalamnya. Jika kamu inginkan selamat, maka layarilah lautan itu dgn sampan yg bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakal kpd Allah.
  2. .....orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dia akan mendapat penjagaan Allah.Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat org lain, dia sentiasa menerima kemuliaan Allah.
  3.  ....org yg merasa dirinya hina dan rendah diri dlm beribadat kpd Allah dan akan lbh dekat kpd Allah serta selalu berusaha menghindari maksiat  kpd Allah.
  4. ....seandainya ibubapamu marah kpdmu krna kesilapanmu ,maka marah itu bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  5. ....jauhkan dirimu dari berhutang, krna sesungguhnya berhutang itu blh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. ....selalulah berharap pd Allah tentang sesuatu yg menyebabkan kamu tidak menderhakaiNya. Takutlah kpd Allah dgn sebenar-benarnya takut(taqwa), maka kamu akan terlepas dr sifat berputus asa.
  7. ....seorg pendusta akn lekas hilang air mukanya krna tidak dipercayai org dan seorg yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa  banyak melamunkan hal-hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya adalah lbh mudah drpd memberi pengertian kpd org yg tidak mahu mengerti.
  8. ....kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar, tetapi akan lbh berat lagi dr itu, adalah bilamana kamu mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  9. .... janganlah kamu mengirimkan org yg bodoh  sebagai utusan. Maka bila tidak ada yg cerdik, sebaiknya dirimu saja yg layak menjadi utusan.
  10. ....jauhilah bersifat dusta, krna dusta itu mudah dilakukan, padahal sedikit sahaja berdusta itu blh memberikan akibat yg berbahaya.
  11. ..... bila kamu mempunyai dua pilihan, takziah org mati @ hadiri majlis perkahwinan, pilihlah menziarahi org mati krna ia mengingatkan kamu kpd kampung akhirat sedangkan menghadiri kenduri kahwin hanya mengingatkanmu kpd kesenangan duniawi shj.
  12. ....jgnlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan krna makan terlalu kenyang itu adlah lbh baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing.
  13. ....jgnlah kamu terus menelan shj krna manisnya sesuatu dan memuntahkannya jika pahitnya sesuatu itu, krna manis belum tentu memberi kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan.
  14. ....mknlah makananmu bersama-sama dgn org yg taqwa dan musyawarahlah urusanmu bersam para ulamak dgn meminta nasihat mereka.
  15. ....bukanlah satu kebaikan namanya bilamana kamu selalu mencari ilmu tetapi tidak mengamalkannya.Hal ini tidak ubah seperti org yg mencari kayu api ,maka setelah banyak tidak mampu memikulnya dan masih mahu menambahkannya.
  16. .....jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dgn berpura-pura membuat dia marah.Bilamana dlm kemarahan itu dia masih berusaha mengisafkan kamu , makaambillah dia sbg kwn. Jika tidak berhati-hatilah.
  17. ....selalulah berbudi bahasa dan memaniskan wajah , dgn demikian kamu akan disukai org , melebihi sukanya terhadap org lain yg memberikan barang yg berharga.
  18. ....bila kamu berteman, tempatkanlah dirimu sbg org yg tidak mengharapkan sesuatu. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  19. ....jdkanlah dirimu dlm segala tingkahlaku sbg org yg tidak ingin menerima pujian @ mengharap sanjungan krna itu adalah sifat riya' yg tercela.
  20. ....jgnlah kamu condong kpd urusan dunia krn kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia shj. Sesungguhnya tiada makhluk yg lbh hina drpd org yg terpedaya dgn dunianya.
  21. ....jgnlah mulutmu mengeluarkan kata-kata yg kotor dan kasar, dan adalah selamat dgn berdiam diri. Jika berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bg org lain.
  22. ....jgnlah kamu mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, jgnlah kamu berjaln tanpa tujuan yg pasti, jgnlah kamu bertanya sesuatu yg tiada guna bagimu.
  23. ....brg siapa yg penyayang tentu akn disygi, sesiapa yg pendiam akan selamat drpd berkata kotor , dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akn menyesal.
  24. ....bergaullah dgn org yg alim. Perhatikanlah kata nasihatnay krna sesungguhnya sejuklah hati mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati dgn cahaya hikmah dr mutiara kata-katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  25. ....ambillah harta dunia sekadar keperluan, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jgn kamu buang dunia ini krna nanti kamu akn menjadi pengemis yg menjadi beban org lain. Jgnlah pula kamu peluk dunia ini krna sesungguhnya yg kamu makan itu adalah tanah belaka.  

Dan Sesungguhnya  kami telah memberi kpd Luqman , hikmat kebijaksanaan, (serta kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kpd Allah (akan segala nikmatnya kpdmu). 
Dan sesiapa yg bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kpd dirinya sendiri dan sesiapa yg tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hak kpd Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Surah Luqman Ayat 12

Selasa, 4 September 2012

Dia untukmu

ya allah,
Aku merinduinya,
Aku menyayanginya,
Aku mencintainya,
Aku menyukainya,
Aku mengharapkan keredhaanmu.... ya allah


Ya Allah,
Engkau mengetahuinya,
Engkau menentukannya,
Engkau tahu apa yang terbaik,
Engkau yang memiliki hatinya,
Engkau satu-satunya pemilik hati umat manusia.......


Ya Allah,
Dia menurut perintah_Mu,
Dia disayangi semua Orang,
Dia mudah menyesuaikan keadaan,
Dan Dia sering mencuit hati ini,
Berkatilah hidupnya ya Allah.....


Ya Allah,
KepadaMu aku sembah,
KepadaMu aku bersujud,
KepadaMu aku mohon pertolongan,
KepadaMu aku meminta,
Kerana Engkau memegang hati Kami.....


Ya Allah,
Jika dia milikku,
Kau tautkan hati kami berdua,
Engkau tautkan hati kami dengan tautan kasihMu,
Supaya kami kekal dalam landasan agamaMu,
Agar kami tidak melakukan perkara dikeji olehMu.....

Jika dia bukan milikku,
Kau kekalkan kami sebagai sahabat,
Dan Engkau berikanlah seorang yang boleh mengantikannya,
Agar dia boleh membimbingku kearahMu ya Allah,
Dan kau buang la perasaan ini dariku supaya aku menyayangi orang yang sepatutnya aku sayangi.....



*sekadar terlintas di fikiran.......

Isnin, 3 September 2012

Perhubungan Sesama Umat

Asalamualaikum, 

Hari ini nak kongsi satu cerita tentang ape yang terpandang dek mata dan terdengar dek telinga. Semasa sz mengikuti Marhaban, sz terlihat sesuatu pemandangan yang yang tak tergambar dek mata. Tak sangka Masih ada lagi orang sebegini di negara kita. Sepatutnya pada bulan baik begini hendak la kite bermaaf-maafan sesama umat. Kerana Nabi tak mengaku Umat yang berpecah belah. Sz cuba cerita dekat mak apa yang sz nampak. Tapi mak x boleh cakap ape2 la kerana kami tidak mahu menjadi musuh pula pada mereka kalau kami menegurnya. Tapi sz x faham kenapa masih ada orang sebegini. Adakah akan berkudis kalau kita memaafkan oarng lain.  semua orang akan melakukan kesalahan. Mana ada manusia yang suci dan tidak pernah melakukan kesalahan......... 



~renungan untuk sz supaya sentiasa memohon maaf dan memaafkan orang lain..... 

Mesra

Semasa sz kecil sz selalu akan pergi bercuti bersama keluarga.Abah selalu bawa kami adik beradik pergi berkelah,berjalan-jalan ke zoo dan mandi manda di pantai. erm, apabila semua dah besar panjang, kami semua jarang keluar bercuti  beramai-ramai. Rindu saat-saat bergurau senda dengan adik beradik. Semua Dah besar panjang dan ada haluan masing-masing.Ada yang dah berkeluarga,berkahwin dan mempunyai anak. Jadi agak susah bagi kami untuk berkumpul beramai-ramai. walaubagaimanapun kami akan memanfaatkan waktu raya untuk beramah mesra. mungkin kurang berjalan tapi tetap bermesra. dan akhirnya sz dapat keluar berhibur bersama adik,kakak2 dan mak.abah. kami Pergi ke merlimau untuk menjenguk adikku di sana. Pada mulanya kami ingin membuat suprise kepadanya kerana datng tanpa menelefonnya. Akhirnya kami yang mendapat suprise kerana dia pergi keluar bersama kawan2 sebiliknya...
Jadi beliau menyuruh kakakku menjemputnya di MP kerana ingin berjumpa dengan kami semua. Tapi masalahnya kakakku masih belum berani membawa kereta ke MP yang tentu sesak, jadi nak x nak kawannya yang dirumah terpaksa mengambilnya... setelah mengambilnya kami keluar makan di kawasan berdekatan dan bershopping sakan.. huhuhuhu (HABIS DUIT ABAH KITEORANG KEJAKAN.. HAHAHAH)

Dalam kereta on the ke merlimau








 Pada keesokannya kami pergi menziarah kawan mak di pemanis 1. Mak dah lama tidak bertemu dengan kawan mak itu. Mereka berpisah masa kecil lagi. Apabila berjumpa masing2 tidak mengenali kerna muka sama2 dah berubah. Tapi mereka tetap mesra berbual. Makcik itu menceritakan kisahnya yang perlu menyara adik2nya. Beliau selalu keluar rumah seawal 3 pagi untuk menoreh. Kini adik2 makcik itu semua berjaya. itu l;a di katakan pengorbanan seorang kakak. semoga makcik itu cepat sembuh dr stroknya.......Amiin

  Selepas itu, kami semua menuju ke bekok untuk berkelah. Setiba di bekok, hujan turun dengan lebatnya.. kami semua kebasahan. Apabila hujan telah reda Kami semua mencari tempat untuk menjamu makanan. Selesai makan kami bergambar untuk kenang-kenangan.....
Hati Sz berasa puas kerana dapat meluangkan masa bersama family sebelum pulang ke U nanti..



                                               





~koleksi gambar di bekok~
x sabar nak adakan hari bersama family lagi.....


*walau jarang yang memisahkan tapi mereka sentiasa di hati*