Isnin, 3 September 2012

Mesra

Semasa sz kecil sz selalu akan pergi bercuti bersama keluarga.Abah selalu bawa kami adik beradik pergi berkelah,berjalan-jalan ke zoo dan mandi manda di pantai. erm, apabila semua dah besar panjang, kami semua jarang keluar bercuti  beramai-ramai. Rindu saat-saat bergurau senda dengan adik beradik. Semua Dah besar panjang dan ada haluan masing-masing.Ada yang dah berkeluarga,berkahwin dan mempunyai anak. Jadi agak susah bagi kami untuk berkumpul beramai-ramai. walaubagaimanapun kami akan memanfaatkan waktu raya untuk beramah mesra. mungkin kurang berjalan tapi tetap bermesra. dan akhirnya sz dapat keluar berhibur bersama adik,kakak2 dan mak.abah. kami Pergi ke merlimau untuk menjenguk adikku di sana. Pada mulanya kami ingin membuat suprise kepadanya kerana datng tanpa menelefonnya. Akhirnya kami yang mendapat suprise kerana dia pergi keluar bersama kawan2 sebiliknya...
Jadi beliau menyuruh kakakku menjemputnya di MP kerana ingin berjumpa dengan kami semua. Tapi masalahnya kakakku masih belum berani membawa kereta ke MP yang tentu sesak, jadi nak x nak kawannya yang dirumah terpaksa mengambilnya... setelah mengambilnya kami keluar makan di kawasan berdekatan dan bershopping sakan.. huhuhuhu (HABIS DUIT ABAH KITEORANG KEJAKAN.. HAHAHAH)

Dalam kereta on the ke merlimau








 Pada keesokannya kami pergi menziarah kawan mak di pemanis 1. Mak dah lama tidak bertemu dengan kawan mak itu. Mereka berpisah masa kecil lagi. Apabila berjumpa masing2 tidak mengenali kerna muka sama2 dah berubah. Tapi mereka tetap mesra berbual. Makcik itu menceritakan kisahnya yang perlu menyara adik2nya. Beliau selalu keluar rumah seawal 3 pagi untuk menoreh. Kini adik2 makcik itu semua berjaya. itu l;a di katakan pengorbanan seorang kakak. semoga makcik itu cepat sembuh dr stroknya.......Amiin

  Selepas itu, kami semua menuju ke bekok untuk berkelah. Setiba di bekok, hujan turun dengan lebatnya.. kami semua kebasahan. Apabila hujan telah reda Kami semua mencari tempat untuk menjamu makanan. Selesai makan kami bergambar untuk kenang-kenangan.....
Hati Sz berasa puas kerana dapat meluangkan masa bersama family sebelum pulang ke U nanti..



                                               





~koleksi gambar di bekok~
x sabar nak adakan hari bersama family lagi.....


*walau jarang yang memisahkan tapi mereka sentiasa di hati*

Tiada ulasan: