Ahad, 25 November 2012

INI SEJARAH KITA.....

ISK- Ini Sejarah Kita....
program yang menceritakan sapa kita dan menceritakan sejarah kita....
Tapi tahukah kita sapa kita sebenarnya??
Kita- seorang muslim, pelajar, anak dan lain2 ag....
Tahukah matlamat hidup kita yang sebenarnya???
Matlamat kita sebenarnya ialah menjadi org yg beribadah dan khalifah di atas muka bumi ini....
Tahukah kita sejarah orng muslim itu sendiri?????
sejarah bermula pada zaman rasulullah di mekah yang berdakwah dari rumah ke rumah selama 13tahun.... tapi hanya 3% sahaja yang mengikuti ajaran islam itu sendiri... kemudian allah memerintahkan rasulullah berhijrah ke Madinah. Semasa di Madinah, Rasulullah di jadikan pemerintah. Jadi di situ Rasulullah membentuk daulah @ di kenali sebagai kerajaan. semasa itu, ramai yang memeluk agama islam itu sendiri.
Selepas kewafatan rasulullah, Saidina Abu Bakar mengantikannya mentadbir madinah. Saidina Abu Bakar mengistiharkan perang kepada Nabi2 palsu, orang tidak mahu membayar zakat dan golongan2 murtad bagi mengekalkan pemerintah islam itu sendiri. selepas 2tahun memerintah, pemerintahan beralih kepada Saidina Omar, Saidina uthman dan saidina Ali . Semasa pemerintahan ini, Al-Quran di buku. Semasa pemerintahan ini, mereka di sebut sebagai khulafa' Ar- Rahsidin.
Selepas itu, pemerintahan Umayyah mereka meluaskan wilayah islam ke afrika utara andalusia dan sempadan india.
Semasa pemerintahan Abbasiyah, barulah mereka membentuk tamadun dengan lahirkan ilmu-ilmuan. Lahirnya ilmu Fiqh, Hadith, ilmu Sains dan Teknologi. Contoh ilmuan Hadith seperti Imam Bukhari & Muslim. Ibnu Sina lahir dalam bidang sains dan teknologi. Time ini islam berada di kemuncak pemerintahan dan jatuh di sebabkan perang salib dan serangan dari orang Monggol. Semasa ini, semangat jihad orang islam sudah mula mencair kerana banyak mengkaji benda duniawi..
Graf ini makin jatuh dan terus jatuh kerana mereka tidak berjihad dengan hati mereka..
Dan kita terus leka dengan semua ini tanpa rasa sedar bahawa kita makin di tindas....
#DUHAI MASYARAKAT MUSLIM BANGITLAH DARI TIDUR YANG LENA BAHAWA ISLAM ITU HARUS DI TEGAKKAN BUKAN SETAKAT MENGAKUI ISLAM SEMATA-MATA...

3 ulasan:

Nur Zulaikha berkata...

TITAS ke kak??

Red ONe berkata...

tak la... akk ad program daurah dgn group usrah KRD...:)

Nur Zulaikha berkata...

wahhh..bestnyerr..program ape yg best desember nnt?