Khamis, 14 Mac 2013

Janji tertangguh....dan Pnya Persamaan..

Assalamualaikum...
kali ni sz nk citer pasal janji yang tertangguh sekian lama...
Sz dah berjanji dengan kawan sz akn poskan cd fiqh munakahat yang beliau minta belikan dari sem lepas...
Tapi sz x sempat poskan kerana sz tinggal jauh dr pejabat pos.. Dan sz kata kat beliau yang cd beliau akan sz pos masa naik sem ni....
Apabila sampai di kolej, sz menayakan beliau sama ada beliau di kolej beliau atau di kg?Beliau ketika itu, baru bercuti... Jadi sz tangguhkan pengeposannya sehingga beliau balik dua tiga hari kemudian tetapi malang tidak berbau... dua hari sebelum hari yang di niatkan untuk mengeposkan cd beliau sz mengalami kecelakaan... Sz terjatuh dari tangga kerna tersilap langkah, dan pada mlm itu juga sz di hantar ke hospital klang kerana kakinya mula membengkak...
Dan sehingga hari ini kakinya msih membengkak dan ayah sz menyuruh sz merujuk kepada pusat kesihatan semula...  Jadi tidak tahu la bila agaknya cd ini akan di pos kepada tuannya...


Hah, ni lagi satu, semalam sahabat sz memberitahu sz yang seorang sahabat yang sz kenal mengalami kemalangan jalan raya, tetapi Alhamdulilah sahabat itu tidak apa2 cuma mengalami luka ringan...
Tapi nak tau ape yang ad persamaannya???? Sahabat itu di rujuk ke hospital klang dan mengalami luka di bahagian kaki kiri iaitu sama seperti sz....
Semoga Beliau Cepat Sembuh kerana Beliau Merupakan Orang penting UiTM sekarang.....

*Kesihatan dan Keselamatan Itu Penting Perlu Dijaga.....Jangan dah Terkena baru Nak menangis tanpa Lagu pula...

Ahad, 17 Februari 2013

~Buatan sendiri~

Bila Hati Yang Berbicara,
Semua Kisah Akan Terbuka,
Bukan Untuk Mengada-Mengada,
Hanya Untuk Luahan Rasa...


Bukan Semua Milik Kita,
Pohon saja Pada yang maha Esa,
Hanya padanya kita meminta,
Kerana Ia Maha Esa..


Allah Yang Satu bukan DUAnya...
Maha Mengetahui isi semua,
Usah berahsia, Usah Memendam Rasa,
Kita semua Adalah miliknya...



Hidup dilema sepanjang masa,
Memendam rasa semata-mata,
Bukan kerana tidak suka,
Tapi menjaga isi hatimya...


Isi hati pernah terluah,
Pada sahabat yang bertuah,
Tapi usah nak diperbesar,
Kerana dia tak pernah sedar...


Teruskan Hidup keranaNya,
Walau Pahit yang menimpa,
Allah sentiasa bersama kita,
Memberi pembimbing dikala terleka....


dedikasi kepada sahabat2 yang membimbing ku di kala ku terleka di buai mimpi yang panjang......


fObIAku

Assalammualaikum semua,
tak lama lagi sz akan dapat abang ipar....
dua orang sekali dalam setahun....
huhuhuhuhu..... ( dah mmg kakak Sz pun dua org)
Jawabnya x dpat ar nak manja2 ag....
mungkin pasni sz akn jd anak perempuan paling tua yg x kahwin ag...
Sebenarnya sz pun jd fobia benda ni.... Yela, nanti lau akk2 dah g rumah mentua diorng rumah jd makin sunyi...
Yelah, selama ni dah biasa beraya ramai2 tahun ni jawabnya tgl kami empat beradik jew la'
makin kurang la ahli keluarga kami...


Sebenarnya sz ad satu masalah sekarang ni....
Bukan ape sz bukan x blh terima ahli keluarga yg baru tp sz x blh hidup dgn lelaki yg bukan darah daging sz...
sz x tau macam mana nak ilangkan perasaan takut terhadap lelaki...
Mungkin memerlukan masa agak yg lama tuk mengenali bakal2 abang ipar ku..
Hopefully diorg x kan terasa hati jika sz kurang beramah mesra dengan mereka..


~DILEMA DALAM FOBIA!!!!!~

Selasa, 1 Januari 2013

gila-gila bayang...........

kenapa ni sal??????
susah sangat ke nak melupakan dirinya?
dia belum tentu sesuai atau padan dengan diri ko tu.....
ramai lagi orang dia boleh pilih dr kalangan peminat dia...
dia tu budak pandai kot, dah la pandai popular pula tu... mana la nak dengan diri ko yg belajar pun tah pape... pemalas pula tu....
Kalo ko nk kat dia ko kna la jd mcm dia, belajar kena jaga... selain tu agama kena jaga... Ni tak, bab2 bnda baik susah sgt ko nk bt.... kalo bt pun kdg2 jew....
Tobat la sal dr meminati diri dia... ko fokus la pada study ko tu... tu la masa keja sibuk konon nk belajar sangat... bile dah dpat belajar xkan ko nak hampakan mak bapa ko....
wei, giveup jew la dr menyintai dia..
Ni tak, xdapat tgk blog dia dpt dgr lagu dr blog dia ko dah teringat2 kat dia... POYO ko tau tak... Jangan jd gila bayang la sal....


Sekarang ko dah dapat lagu blog dia, pastu ko nak bt ape pula??? nak bagi tau dia yang ko suka kat dia kew?
jangan buat keja gila la sal... Ingat Allah la wei. hah, tadi ko jumpa member ko kan.. dah nak kawin pun member ko tu... ko nak ambik berat ke ape yg dia ckp tu? (member ko suh luahkan perasaan ko tu kat dia) memang kena gelak la ko jap ag lau semua org tau ko luahkan perasaan kat dia......
tapi kalo ko tak bagi tau macam mana ko nak tau sama ada dia blh terima ko yg kerdil ni ke tak....(tapi kan dia jenis yg nampak x ambik port dlm kes cintan cintun ni..... )
Pehhh, Blh jd minaH giler bayang ko jap ag ni.... hahahhahah....
dah la nak exam  ag 2 3 ari.... Tapi hati dah jadi terrrrrrrrrrrr.... huhuhuhuhu sabo jew la.....
               
                     SELAMAT BERSTUDY WAHAI CIK SALASIAH BINTI ZAKARIA........
                             SENYUM SOKMO HATI DI ULIK MIMPI PLASTIK......

Jumaat, 28 Disember 2012

Lagu mengingatkan ku padanya....

             Hari ni terbuka satu blog ni... cerita betul2 menyentuh perasaan..... ceritanya menceritakan tentang hamba Allah yang tahu hukum hakam agama tetapi disebabkan kawan beliau terpengaruh dgn hasutan dunia... Tapi apabila beliau di sahkan mempunyai penyakit yang x dapat di kenal pasti rakan2nya pergi tnpa menghiraukannya.... Kawan sebegini ke yang patut kita sanjung????? Apabila beliau tidak mempunyai harapan kata dokto, Allah sendiri memberi peluang kepada beliau sendiri... tapi manusia mudah lupa dan lalai apabila kembali berkawan dengan org2 yang tidak kenal hukum hakam agama itu sendiri...
            Tetapi cinta Allah terhadap hambanya lebih suci dan berharga... beliau telah kembali mengenali sapa penciptanya... Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan cuma kita sedar atau tidak sahaja...
            Ya Allah, aku banyak melakukan dosa ya allah... aku alpa ya allah dengan duniamu ini ya allah. aku terlalu ikutkan perasaanku ini ya allah. Tidak sepatutnya aku memikirkannya melebihi aku memikirkanmu ya Rahman. Engkau kekalkan la aku dengan sahabat2ku yang boleh membimbingku menjadi orang yang berguna pada bangsa dan agamamu ya allah. Aku tidak mahu menjadi orang engkau murkai di kemudian hari... Ya Allah, jika sekiranya aku leka engkau utuskan sahabat2ku untuk memperingati diri ku ini ya allah...
Ya Allah, aku ingin berubah ya Allah.. aku tidak mahu tergolong di kalangan orang yang munafik ya allah... 


                                                  Jika ingin berubah perlu kekuatan, akuu mahu kekuatan itu ya Allah...  
*kredit to Blog Tautan Hati Warkah Cinta Berbau Syurga

Sabtu, 22 Disember 2012

story-mory

         Fuh..... lamanya x menulis... hihihihi
Bukan xnk menulis tp BUZY( ayat cover diri....)
Hari ni just perkongsian cerita semata-mata...
Semalam merupakan hari perpisahan bagi MT persatuan bersama Seki2nya......
Yela 3 haribln dah nk start exam masing2 akan bz untuk bt revision tuk fokus pd study...
Semalam rasa nk menangis je sebenarnya tp terpaksa di tahan kerana x nk sahabat2 turut bersedih.
Dan sebenarnya saya risaukan sahabat saya, semoga Allah sentiasa melindungi beliau dr anasir2 luar...
Sebab saya syang sahabat saya itu dan saya tidak sanggup melihat keadaannya sekarang.
lagi satu, saya akan merindui sahabat yang banyak saya berkongsi cerita dan perasaan. Dan hanya beliau sahaja mengetahui setiap cerita saya setelah kwn saya satu kos dahulu smbg belajar di bidang yang lain.
sahabat saya sekarang di semester akhir, dan akn membuatkan saya merinduinya.

Walaupun Atiqah dah abis belajar, sy berharap hubungan kami tidak setakat di sini sahaja.
Krn Ukhwah itu bukan setakat di sek, kolej @pun universiti tetapi Ukhwah itu Akan Terjalin sehingga keakhirnya... (^_^)

Ahad, 25 November 2012

INI SEJARAH KITA.....

ISK- Ini Sejarah Kita....
program yang menceritakan sapa kita dan menceritakan sejarah kita....
Tapi tahukah kita sapa kita sebenarnya??
Kita- seorang muslim, pelajar, anak dan lain2 ag....
Tahukah matlamat hidup kita yang sebenarnya???
Matlamat kita sebenarnya ialah menjadi org yg beribadah dan khalifah di atas muka bumi ini....
Tahukah kita sejarah orng muslim itu sendiri?????
sejarah bermula pada zaman rasulullah di mekah yang berdakwah dari rumah ke rumah selama 13tahun.... tapi hanya 3% sahaja yang mengikuti ajaran islam itu sendiri... kemudian allah memerintahkan rasulullah berhijrah ke Madinah. Semasa di Madinah, Rasulullah di jadikan pemerintah. Jadi di situ Rasulullah membentuk daulah @ di kenali sebagai kerajaan. semasa itu, ramai yang memeluk agama islam itu sendiri.
Selepas kewafatan rasulullah, Saidina Abu Bakar mengantikannya mentadbir madinah. Saidina Abu Bakar mengistiharkan perang kepada Nabi2 palsu, orang tidak mahu membayar zakat dan golongan2 murtad bagi mengekalkan pemerintah islam itu sendiri. selepas 2tahun memerintah, pemerintahan beralih kepada Saidina Omar, Saidina uthman dan saidina Ali . Semasa pemerintahan ini, Al-Quran di buku. Semasa pemerintahan ini, mereka di sebut sebagai khulafa' Ar- Rahsidin.
Selepas itu, pemerintahan Umayyah mereka meluaskan wilayah islam ke afrika utara andalusia dan sempadan india.
Semasa pemerintahan Abbasiyah, barulah mereka membentuk tamadun dengan lahirkan ilmu-ilmuan. Lahirnya ilmu Fiqh, Hadith, ilmu Sains dan Teknologi. Contoh ilmuan Hadith seperti Imam Bukhari & Muslim. Ibnu Sina lahir dalam bidang sains dan teknologi. Time ini islam berada di kemuncak pemerintahan dan jatuh di sebabkan perang salib dan serangan dari orang Monggol. Semasa ini, semangat jihad orang islam sudah mula mencair kerana banyak mengkaji benda duniawi..
Graf ini makin jatuh dan terus jatuh kerana mereka tidak berjihad dengan hati mereka..
Dan kita terus leka dengan semua ini tanpa rasa sedar bahawa kita makin di tindas....
#DUHAI MASYARAKAT MUSLIM BANGITLAH DARI TIDUR YANG LENA BAHAWA ISLAM ITU HARUS DI TEGAKKAN BUKAN SETAKAT MENGAKUI ISLAM SEMATA-MATA...